Wednesday, January 1, 2014

6.3 NABI IBRAHIM A.S. BERDAKWAH KEPADA PENYEMBAH BINTANG

KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN

KISAH 6
NABI IBRAHIM a.s
Add caption

Selepas peristiwa baginda dibakar dan api tidak memakan jasad baginda, Nabi Ibrahim a.s. semakin giat berdakwah.  Raja Namrud juga tidak memperdulikan Nabi Ibrahim a.s. lagi.

Pada suatu hari Raja Namrud telah menjemput Nabi Ibrahim datang ke istana.  Di sana mereka telah berhujjah.  Selepas Raja Namrud kalah berhujjah dengan Nabi Ibrahim a.s., dia merasa sangat terhina dan malu.  Raja Namrud sentiasa berusaha untuk membinasakan Nabi Ibrahim a.s.  Allah swt telah memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. berhijrah ke negeri Syam.

Nabi Ibrahim a.s. telah singgah di negeri Harran yang terletak di antara Sungai Furat dengan Sungai Dajlah.  Baginda mendapati pendududknya percaya kepada bintang-bintang sebagai tuhan semesta alam.  Nabi Ibrahim a.s. telah menggunakan taktik dakwah yang amat halus terhadap penduduk negeri Haran.  Baginda mendapatkan penduduk Harran pada waktu hampir malam.  Setelah matahari terbenam dan bintang-bintang besar mula kelihatan, baginda menunding jari ke arah bintang-bintang seolah-olah mengaku bertuhankan kepada bintang-bintang di langit.

Setelah bintang terbenam pada separuh malam, mereka mendengar Nabi Ibrahim a.s. berkata bahawa tuhan telah hilang dan baginda merasa tersangat tidak gembira bertuhankan kepada tuhan-tuhan yang suka berubah-ubah timbul tenggelam di langit.

Malam esoknya, sekali lagi Nabi Ibrahim a.s. keluar bermesra dengan penduduk Harran.  Pada malam itu, setelah bulan muncul, baginda menunding jari lantas berkata itulah tuhan.  Tetapi setelah bulan itu tenggelam menjelang waktu akhir malam, Nabi Ibrahim a.s. sekali lagi menyatakan bahawa baginda tidak suka bertuhankan bulan yang tidak dapat terus kekal di langit.  Esoknya, apabila matahari bersinar di langit, Nabi Ibrahim a.s. yang sentiasa dikerumuni penduduk Harran berkata itulah tuhan yang sebenar.  Tetapi setelah matahari terbenam pada petang hari, baginda berkata pula bahawa baginda tidak suka bertuhankan matahari kerana tidak dapat terus tinggal kekal di langit.

Setelah Berjaya menyedarkan penduduk negeri Harran melalu taktik dakwah yang begitu halus, Nabi Ibrahim a.s. meneruskan perjalanan sehingga sampai berhampiran kawasan istana raja Harran yang bernama Raja Khazan.

CREDIT: inrainy.wordpress.com 

No comments:

Post a Comment