KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
KISAH 6
NABI IBRAHIM a.s
Semasa dalam
perjalanan ke negeri Syam, Nabi Ibrahim a.s. mendapati negeri itu sedang
dilanda musim kemarau yang hebat. Sebelum
sampai ke Syam, Nabi Ibrahim a.s. melalui negeri Khamsas yang terletak di
perbatasan negeri Syam di sebelah barat dan bersempadan dengan negeri Mesir di sebelah
timur.
Mesir ketika
itu diperintah oleh seorang raja yang sangat zalim dan suka merampas harta
benda milik rakyat. Raja Mesir itu juga
suka merampas isteri orang yang cantik jelita dan yang berkenan di
hatinya. Si suami akan dibunuhnya. Untuk melindung isteri baginda daripada raja Mesir
itu, Nabi Ibrahim a.s. memasukkan Siti Sarah ke dalam sebuah peti kayu yang
diangkat ke atas belakang seekor unta. Baginda
menuntun unta itu berjalan masuk ke dalam negeri Khamsas. Baginda telah menjadi perhatian orang ramai. Pegawai sempadan kerajaan Mesir telah menahan
dan membawa Nabi Ibrahim a.s. menghadap raja Mesir.
Raja Mesir
bertanya apakah yang terdapat di dalam peti besar itu. Nabi Ibrahim a.s. menjawab bahawa terdapat
seorang perempuan di dalam peti itu. Setelah
raja Mesir mendengar penjelsan Nabi Ibrahim a.s., dengan penuh bernafsu raja Mesir
memerintah para pengawalnya segera membuka peti itu. Setelah melihat Siti Sarah, raja Mesir amat
berkenan kepadanya. Raja Mesir bertanya
sama ada Siti Sarah adalah isteri Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. berbohong atas dasar
bermuamalat menyatakan Siti Sarah adalah saudaranya.
Raja Mesir
merampas Siti Sarah dan dibawa masuk ke bilik dalam istana. Nabi Ibrahim a.s. diberi pilihan untuk masuk
penjara atau pulang ke negeri asal. Nabi
Inrahim a.s. memilih untuk masuk penjara asalkan baginda tidak berjauhan dengan
isteri baginda. Sewaktu Nabi Ibrahim
a.s. berada dalam penjara, malaikat Jibrail a.s. datang memberitahu bahawa
isteri baginda tidak akan dapat diapa-apakan oleh raja Mesir. Malaikat Jibrail a.s. telah membuka hijab
mata Nabi Ibrahim a.s. agar dapat melihat kelakuan raja terhadap isteri
baginda.
Raja Mesir mahu
melepaskan hawa nafsunya ke atas diri Siti Sarah yang amat jelita. Dia terus bergegas ke bilik di mana Siti
Sarah ditempatkan dan memerintahkan semua dayang keluar. Raja Mesir memujuk Siti Sarah dan terus
melangkah mendekatinya. Setelah benar-benar
hampir, tiba-tiba kaki raja Mesir melekat di lantai istana. Setelah dirasakan kakinya tidak dapat
melangkah, dihulurkan tangannya untuk menyentuh Siti Sarah. Tiba-tiba tangannya hilang hingga ke paras
bahu.
Raja Mesir
menjadi cemas. Dia tidak dapat bergerak
dan tangannya sudah kudung. Dia sedih
dan menyesal atas perbuatannya. Dia mohon
kepada Siti Sarah supaya berdoa ke hadhirat Allah swt supaya mengembalikan
semula tangannya yang hilang dan melepaskan kakinya. Dia berjanji tidak akan mengulangi perbuatan
kutuk itu lagi dan akan megembalikan Siti sarah kepada Nabi Ibrahim a.s.
Setelah Stiti
Sarah berdoa, Allah swt telah memakbulkan doa Siti Sarah itu. Tiba-tiba raja Mesir kembali bernafsu. Dia terus berlari menerkam Siti Sarah. Sebelum dia dapat berbuat apa-apa, Allah swt
melekatkan kakinya dan mengudungkan semula tangannya. Peristiwa ini berulang terjadi sebanyak 3
kali. Setelah kali ketiga, barulah raja
Mesir itu benar-benar insaf dan benar-benar mengembalikan Siti Sarah kepada
Nabi Ibrahim a.s.
Raja mesir
memohon maaf kepada Nabi Ibrahim a.s.
Dia telah menghadiahkan berbagai hadiah termasuk seorang gadis berusia
12 tahun, bernama Hajar, untuk menjadi khadam kepada Siti Sarah.
No comments:
Post a Comment