KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
KISAH 6
NABI IBRAHIM a.s
Nabi Ibrahim a.s.
terus tinggal buat beberapa ketika di Mesir bersama isteri baginda Siti Sarah,
Siti Hajar dan Lut, anak saudara baginda.
Baginda bersama Lut telah mengusahakan perniagaan bertani dan menternak
sehingga menjadi maju sehinnga baginda terpaksa berpecah kongsi dengan Nabi Lut
a.s. Nabi Lut a.s. telah membawa
kekayaan dan ternakannya ke Jordan dan menetap di satu lembah yang dinamakan
Sidom atau Sadom.
Lama kelamaan
penduduk negeri Khamsas berasa iri hati melihat kekayaan baginda. Kerana itu baginda telah berhijrah ke
Palestin untuk membina penghidupan yang baru di sana. Ketika sampai di Palestin, Nabi Ibrahim a.s.
mendapati bumi Palestin amat gersang. Malaikat
Jibrail a.s. telah menyuruh baginda melayangkan pandangan ke sekeliling padang
gersang itu, dan Allah swt akan menumbuhkan pokok buah-buahan dan rumput
sebagai rezeki untuk manusia dan binatang.
Setelah orang
ramai mula membina perkampungan di Palestin, Nabi Ibrahim a.s. terus menyeru
mereka agar beriman kepada Allah swt. Melihat
keberkatan Nabi Ibrahim a.s. dengan mudah sahaja penduduk Palestin
beriman. Umat Nabi Ibrahim a.s. meminta
agar baginda mendirikan sebuah masjid untuk tempat ibadat. Maka Nabi Ibrahim a.s. bersama-sama umat
baginda bergotong royong membina masjid pertama di bumi Palestin.
Setelah Nabi Ibrahim
menjadi pemerintah atau khalifah di bumi Palestin yang berpusat di Baitul
Maqdis, Allah swt memerintahkan baginda membawa angkatan tentera berangkat ke
negeri Babilon untuk menyeru Raja Namrud supaya beriman.
Siti Sarah dan
Siti Hajar tidak turut dalam angkatan perang suami mereka. Baginda sampai di Kota Babil dan menyeru Raja
Namrud supaya beriman. Tetapi Raja Namrud
enggan, dia tetap percaya bahawa dirinya adalah tuhan yang terkenal dan yang
paling berkuasa. Raja Namrud dengan
sombong menyatakan bahawa dia ada memelihara 4 ekor burung baka gergasi yang
besar. Burung itulah yang akan menerbangkannya
ke langit untuk berperang dengan Allah swt.
Nabi Ibrahim a.s. tidak mengganggu Raja Namrud. Baginda berserah kepada Allah swt. Nabi Ibrahim a.s dan angkatan perang baginda
pulang semula ke Kota Baitul Maqdis, Palestin.
Sekembalinya Nabi
Ibrahim a.s. dan angkatan perang baginda ke Plaestin, Raja Namrud amat geram
sekali untuk berperang dengan Allah swt di langit. Dia melatih keempat-empat ekor burung gergasi
belaannya itu agar terbang ke langit. Iblis
laknatullah telah menjelma seperti seorang tua dan datang kepada Raja Namrud
dan mengatakan bahawa burung-burung tersebut perlu dilaparkan beberapa
hari. Kemudian dipegang kayu yang
hujungnya diikat dengan daging yang kira-kira melepasi sedikit paruh burung
itu. Pasti burung itu akan berusaha
untuk memakan daging itu yang akan menjadikan dia terus terbang ke arah langit.
Dengan memegang
busur dan anak panah ditangannya, Raja Namrud terus menunggang burung nya
itu. Dia terbang setinggi yang
boleh. Setelah berasa sesak nafas kerana
terlalu tinggi, dipanahnya ke langit. Allah
swt memerintahkan Malaikat Jibarail a.s. memegang panah itu dan melumurkannya
dengan darah dan kemudian dilepaskan semula ke bumi supaya Raja Namrud percaya
Allah swt sudah mati.
Ketika Raja Namrud
melihat anak panahnya yang jatuh berlumuran denngan darah, dia dengan
gembiranya turun ke bumi. Diturunkan daging
ke bawah menyebabkan burungnya terbang menjunam ke bumi dengan lajunya. Raja Namrud terjatuh dari belakang burungnya,
tetapi dia tidak mengalami kecederaan.
Raja Namrud
yakin dia sudah menjadi Raja di langit dan di bumi kerana telah berjaya membunuh
Allah swt. Dia menjadi semakin
sombong. Ketika Raja Namrud sedang
diusung para pengawal ke istana, Nabi Ibrahim a.s. dan bala tentera baginda
tiba semula di negeri Babilon dan terus berhadapan dengan Raja Namrud. Baginda mahu berdakwah supaya Raja Namrud
beriman kepada Allah swt.
Raja Namrud
menjadi sangat berang. Kali ini Raja Namrud
telah mencabar Nabi Ibrahim a.s. supaya berperang dengannya. Setelah seluruh bala tenteranya dikumpulkan
oleh Raja Namrud, Nabi Ibrahim a.s. terus menadah tangan mohon pertolongan
kepada Allah swt. Tiba-tiba bumi menjadi
gelap pekat seperti hari akan hujan lebat.
Sebenarnya itulah kumpulan nyamuk yang dihantar Allah swt untuk
menghadapi Raja Namrud dan bala tenteranya.
Gerombolan nyamuk
itu turun ke bumi dan menyerang askar Raja Namrud. Nyamuk-nyamuk itu terus mengigit kepala askar
Raja Namrud dan menghisap darah dan otak mereka
sehingga kering. Raja Namrud
mulai bingung melihat askarnya rebah seorang demi seorang diserang nyamuk. Dia sungguh takut dan terus lari masuk ke
dalam istananya dan terus mengunci pintu.
Raja Namrud
tidak menyedari dia telah diekori oleh seekor nyamuk yang bertampung badannya
dan buta sebelah matanya. Dia berusaha
membunuh nyamuk buta sebelah mata itu, tetapi gagal. Nyamuk itu masuk ke dalam lubang hidung Raja Namrud
dan terus masuk ke dalam otak dan terus menggigit otak Raja yang sombong
itu. Raja Namrud menjerit-jerit
kesakitan.
Sejak hari itu,
Raja Namrud tidak dapat tidur. Dia terus
menerus mengerang kesakitan. Nabi Ibrahim
a.s. datang mengajak Raja Namrud beriman kepada Allah swt, tetapi Raja Namrud
tetap enggan. Raja Namrud terseksa
menderita sakit kepala selama 40 hari 40 malam baru dia mati. Dengan kematian Raja Namrud, maka ramai
rakyatnya memeluk agama Islam.
bersambung...
(untuk
baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment