Hakikatnya, manusia tidak sempurna. Seharusnya manusia perlu berusaha melakukan
sesuatu dengan sesempurna yang mungkin.
Manusia perlu ada kesedaran, walaupun ada kalanya cubaan sedaya upaya
telah dilakukan, namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Kita perlu terima hakikat yang fitrah manusia tidak
sunyi daripada melakukan kesilapan, lalai dalam perlaksanaan dan adalah insan
yang tidak sempurna. Manusia perlu
menerima hakikat kelemahan ini dengan hati yang terbuka.
Kita diberi pilihan untuk menentukan bagaimana sesuatu
keadaan diatasi. Dalam masa kita
mengharapkan kesempurnaan, pada masa yang sama kita harus menerima kekurangan
dan masalah orang lain.
Untuk mendapatkan kesempurnaan, kita perlu tahu cara
untuk menegur kesilapan. Teguran boleh
mengakibatkan:
1. Kesanggupan untuk berubah
2. Menjadi kurang / tidak berkesan kerana
tidak suka cara ditegur. Walaupun dia tahu kesilapannya.
3. Rasa tidak mendapat bimbingan sewajarnya
untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna.
Untuk mencapai kesempurnaan, manusia perlu ada sikap
memberi dan menerima; iaitu kesediaan memberi tunjuk ajar di samping menerima
kelemahan seseorang. Kedudukan bukan
tiket untuk mendabik dada; dan ilmu bukan milik kita seorang sahaja. Ada kalanya merendah diri perlu supaya hasil
yang diinginkan dapat dicapai.
Jangan abaikan komunikasi dan ‘sentuhan
kemanusiaan’. Jangan asyik marah atau
mengkritik. Berilah tunjuk ajar sebagai
langkah ke arah perubahan. Anak kalau
tidak diajar, tentu tidak tahu salah betul.
Cermin diri sendiri untuk memberikan refleksi terbaik dan sempurna untuk
kebaikan semua.
CERMIN DIRI
Berita Harian 2,
Famili
Berita Harian,
Isnin, 27 Januari 2014
No comments:
Post a Comment