KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
Nabi Lut a.s.
ialah anak saudara kepada Nabi Ibrahim a.s.
Nama baginda ialah Lut bin Haran bin Azar. Haran adalah adik beradik dengan Nabi Ibrahim
a.s. Azar ialah bapa Nabi Ibrahim
a.s. Nabi Lut a.s. ialah orang pertama yang
beriman kepada seruan Nabi Ibrahim a.s. dan menjadi pembela kuat kepada
perjuangan bapa saudara baginda itu.
Nabi Lut a.s
telah mengikut Nabi Ibrahim a.s. berpindah setelah Raja Namrud menghalau Nabi Ibrahim
a.s. Merelah telah pergi ke negeri Khamsas,
sebuah jajahan takluk kerajaan Mesir.
Mereka berkongsi menternak di negeri itu. Setelah perusahaan ternak tersebut menjadi
semakin maju, Nabi Lut a.s. dan Nabi Ibrahim a.s. terpaksa pecah kongsi
perusahaan ternakan mereka. Mereka
bermesyuarat dan memutuskan Nabi Lut a.s. perlu membawa ternakannya ke negeri
Jordan di sebuah kota bernama Sadum.
Mengikut riwayat lain, Sadum terletak di Turki.
Nabi Lut a.s.
mendapati orang di situ berperangai pelik dan ganjil. Sebahagian besar daripada mereka
pemalas. Mereka mencari makan dengan
cara menipu orang, merompak, dan menyamun.
Perangai mereka ganjil kerana mereka suka kepada kaum sejenis. Yang lelaki suka kepada lelaki, manakala yang
perempuan suka kepada perempuan.
Nabi Lut a.s.
dilantik menjadi Nabi dan rasul kepada penduduk Kota Sadum. Baginda mengajak penduduk Kota Sadum beriman,
di samping melarang mereka mengerjakan perbuatan mungkar. Nabi Lut a.s. adalah seorang yang tidak
berputus asa dalam menjalankan tugas kenabian dan kerasulan baginda.
Setelah menerima
berbagai ancaman, Nabi Lut a.s. memohon ke hadhirat Allah swt supaya jangan
membiarkan penduduk Kota Sadum yang semakin besar kepala itu. Doa Nabi Lut a.s. dimakbulkan Allah swt.
Ketika Nabi Ibrahim
a.s. berada di rumah baginda, 3 orang lelaki muda yang sangat kacak dan tampan datang
bertamu. Nabi Ibrahim a.s. menjamu
ketiga-tiga tetamu baginda dengan menyembelih seekor anak lembu. Namun tetamu baginda tidak menjamah
makanan. Mereka kemudian memperkenalkan
diri mereka adalah para malaikat iaitu, Malaikat Jibrail a.s., Mikail a.s. dan
Israfil a.s. Mereka menjelaskan bahawa
kedatangan mereka membawa 2 perutusan iaitu yang pertama ialah untuk memberi
khabar gembira bahawa Siti Sarah akan mengandung dan melahirkan seorang anak
lelaki yang salih yang akan dilantik menjadi seornag Nabi dan Rasul. Kedua ialah untuk memusnahkan kaum Nabi Lut
a.s. di negeri Sadom.
Setelah ketiga-tiga
malaikat itu selesai bertamu di rumah Nabi Ibrahim a.s., mereka meneruskan
perjalanan menuju ke negeri Sadum. Ketika
Nabi Lut a.s. melihat 3 ornag pemuda yang teramat tampan, hati baginda merasa
resah. Malaikat Jibrail a.s. memaklumkan
bahawa kedatangan mereka membawa azab. Mereka
menyuruh Nabi Lut a.s. pergi dari situ setelah malam sudah berada di
penghujungnya dengan membawa keluarganya.
Kedatangan 3
pemuda asing yang kacak ke Kota Sadum akhirnya diketahui beberapa orang penduduk
Kota Sadum. Isteri Nabi Lut a.s. sendiri
yang membocorkan rahsia kedatangan pemuda itu.
Lelaki-lelaki penduduk Kota Sadum segera menyerbu ke rumah Nabi Lut
a.s. Nabi Lut a.s. sangat marah kepada
mereka. Tetapi kaum baginda terus mahu menangkap
pemuda-pemuda itu. Tiba-tiba Allah swt
telah membutakan mata mereka sehingga mereka tidak dapat keluar dari rumah Nabi
Lut a.s.
Kerana kekerasan
hati mereka, kaum Nabi Lut a.s. telah ditimpakan dengan 3 jenis bencana iaitu
hujan batu, suara keras seperti guruh dan diterbalikkan bumi. Bumi Kota Sadum telah diterbalikkan oleh 3
malaikt itu sehingga semua orang kafir di dalamnya binasa. Sekarang Kota Sadum menjadi sebuah tasik yang
besar yang dikenali sebagai ‘Laut Mati’.
Nabi Lut a.s.
dan para pengikut baginda yang beriman telah meninggalkan kota sedum pergi ke
tempat lain untuk membina pengihupan baru.
bersambung...
(untuk
baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment