Thursday, January 9, 2014

6.7 SITI SARAH DAN SITI HAJAR

KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN

KISAH 6
NABI IBRAHIM a.s
credit www.bizquests.com

Siti Sarah tidak dapat memberikan anak kepada Nabi Ibrahim a.s., maka dia dengan rela hati telah menghadiahkan hambanya Siti Hajar untuk diperisterikan baginda.  Dengan kehendak Allah swt, Siti hajar mengandung dan melahirkan seorang anak lelaki yang diberi nama Ismail.  Kelahiran Nabi Ismail a.s. telah menimbulkan rasa cemburu di hati Siti Sarah.

Siti Sarah telah meminta agar Nabi Ibrahim a.s. mengeluarkan Siti Hajar dari rumah itu.  Dengan perintah Allah swt, Nabi Ibrahim a.s. menghantar Siti Hajar dan Ismail ke bumi kering di tengah padang pasir arab yang sekarang dikenali sebagai Kota Mekah.  Dengan kehendak Allah swt yang Maha Berkuasa, Siti Sarah juga mengandung akhirnya dan melahirkan putera lelaki yang dinamakan Ishaq.

Nabi Ibrahim a.s. masih mempunyai 2 orang isteri lagi.  Isteri ketiga bernama Qatura, yang keempat bernama Hujun.  Kesemua anak yang diperolehi adalah lelaki.  Anak-anak baginda bersama isteri-isteri lain adalah:
Qatura
Hujun
Madyan
Kisan
Madan
Lutan
Zamram
Suruj
Syah
Amim
Yaqsan
Nafs
syiyaq

Nabi Ibrahim a.s. wafat di bumi Palestin ketika berusia 145 tahun.  Baginda dikebumikan bersebelahan kubur Siti Sarah di Kota Hibrun.

Nabi Ibrahim a.s. termasuk salah seorang rasul yang suka melihat kekuasaan Allah swt secara terang-terangan.  Baginda mahu melihat kekuasaan Allah swt menghidupkan orang mati yang telah hancur dalam tanah dengan mata sendiri.  Permintaan baginda dimakbulkan Allah swt.

Allah swt memerintahkan Nabi Ibrahim a.s. menangkap 4 ekor burung.  Disuruh perhatikan warna dan seluruh bahagian tubuh keempat-empat ekor burung itu, kemudian menyembelih dan mencincang dagingnya sampai lumat.  Daging-daging itu kemudian dicampur gaulkan.  Setelah itu dibahagikan kepada 4 longgok dan setiap longgok diletakkan di atas 4 tanah tinggi yang masing-masing agak jauh.  Kemudian Allah swt menyuruh Nabi Ibrahim a.s. memanggil burung-burung itu.  Tiba-tiba berterbanganlah daging-daging hancur dari 4 tanah tinggi itu lantas bercantum di udara dan membentuk menjadi 4 ekor burung yang sempurna dan terbang menghala ke Nabi Ibrahim a.s. dan hinggap di hadapan baginda.

Dengan peristiwa ini, hati Nabi Ibrahim a.s. menjadi amat tenang dan iman baginda semakin jitu dan pejal.

bersambung...

(untuk baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)

No comments:

Post a Comment