BANYAK SEDEKAH
MENJADIKAN HIDUP LEBIH BERKAT
ABU AHMAD ABDUL FATTAH
Kehidupan tidak lari dari dua perkara iaitu musibah dan
nikmat. Kedua-duanya mempunyai ujian,
dalam menghadapi musibah, ramai orang tidak sabar; dalam menghadapi kenikmatan,
ramai orang yang tidak bersyukur. Dalam
menghadapi ujian, terdapat empat golongan manusia iaitu:
1.
Mengeluh
2.
Sabar
3.
Redha
4.
Syukur
Kemiskinan dan kekayaan hanyalah ujian, bukan ukuran mulia
dan hina. Harta tidak selamanya menjadi
sumber kebahagiaan. Mana yang lebih
utama, miskin yang sentiasa bersabar
atau kaya yang bersyukur. Tentulah
yang paling utama antara keduanya ialah yang paling bertaqwa kepada Allah
s.w.t.
Sebarkan kebaikan, gapailah kemuliaan dengan:
- Sentiasa meningkatkan keimanan
- Mengikis sifat ego dan perasaan tamak
- Sentiasa menanam keyakinan dalam diri bahawa baki harta kita adalah apa yang telah diberi kepada orang lain, bukan yang masih asa di tangan
- Mudah membantu jika fahami bahawa setiap perbuatan kepada orang lain akan terjadi kepada kita semula
Sedekah akan menambah dan memberi keberkatan pada harta
kita. Bersedekahlah walaupun berada
dalam kesusahan. Orang yang selalu
bersedekah akan dilimpahkan rezekinya, dihormati dan hartanya diberkati dan
dijaga. Seorang muslim hendaklah selalu
melihat orang di bawahnya dalam masalah harta dan dunia.
Jadilah orang yang bersyukur dan qnan’ah (sentiasa merasa
cukup dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan) dan tidak dengki dan iri hati
terhadap orang lain. Kekayaan yang
hakiki adalah kekayaan hati iaitu hati yang sentiasa merasa cukup dengan
kurniaan Allah s.w.t.
Bekerjalah bila ingin mendapatkan rezeki. Berusaha dan bertawakkal kepada Allah
s.w.t. Bersyukur dengan apa yang ada
sekarang. Bersedekah bukan hanya setakat
mengeluarkan harta untuk diberikan kepada orang lain, perbuatan yang bermanfaat
bagi orang lain juga adalah sedekah.
No comments:
Post a Comment