Tuesday, March 19, 2013

OH BAHASA SAYA!



Dari segi bahasa, setiap pengucapan mempunyai kedudukan tersendiri.  Ucapan formal dan kekeluargaan perlu dibezakan.  Dalam konteks masuarakat berbudaya, ungkapan formal dikaitan dengan urusan rasmi.

Masyarakat sering menggunkan ‘pakcik’ dan ‘makcik’ untuk urusan dengan pelangganmelayu, tetapi menggunakan ungkapan yang lebih lunak untuk pelanggan-pelanggan selain daripada Melayu seperti sir, maam, dan madam.  Perlu diketahui bahawa nilai panggilan pakcik danmakcik itu lebih rendah daripada sir dan madam.

Setiap perkataan ada makna tersendiri.  Darjat manusia tidak sama, begitu juga status kehidupan dan ruang komunikasi.  Oleh itu, haruslah dibezakan pangilan individu bukan keluarga dengan hubungan rasmi.  Gunakan panggilan encik, tuan, puan, Dato’ dan Tan sri sebagai panggilan hormat untuk urusan rasmi.  Belajar bahasa bukan sekadar mengenai ejaan dan tatabahasa, tetapi termasuk juga nilai social yang terkandung di dalamnya

PERKONGSIAN:
Apabila ‘encik’ melenting dipanggil ‘pakcik’
Analog: Imlan Adabi
Berita Harian Selasa, 19 March 2013

No comments:

Post a Comment