Sunday, July 28, 2013

SEKSA MENINGGALKAN SOLAT



FAKTA PENTING DAN MENARIK DARI:
ENSIKLOPEDIA SOLAT
ROHIDZIR RAIS * FUAD ISMAIL * MOHD. WAHID ABD. HANIF
TERBITAN TELAGA BIRU
467 MUKASURAT

ABAI SOLAT
 
Solat adalah tiang agama.  Solat juga adalah ibadat pertama yang akan dinilai dan dihitung pada hari kiamat.

SEKSAAN BAGI ORANG YANG MENINGGALKAN SOLAT
6 seksaan semasa hidup
1.  Umurnya tidak berkat
2.  Akan dihapuskan tanda orang solah daripada mukanya
3.  Setiap amal yang dikerjakan tiada diberi pahala
4.  Segala doanya tidak diperkenan
5.  Dibenci oleh segala makhluk di dunia
6.  Tidak ada baginya bahagian daripada doa untuk orang soleh
3 seksaan ketika hendak mati
1.  Mati dalam kehinaan
2.  Mati dalam keadaan yang sangat lapar
3.  Mati dalam keadaan yang dahaga amat
3 seksaan dalam kubur
1.  Kuburnya disempitkan
2.  Dinyalakan api yang mana dia akan membalik-balikkan tubuhnya dalam bara api itu
3.  Ular besar, ‘Shajkul Akrak’ menyeksa mayat
3 seksaan di hari kiamat
1.  Malaikat azab menghela orang yang tidak solat itu ke dalam neraka
2.  Allah swt menilik orang yang tidak solat itu dengan tilikan yang murka
3.  Dikira dengan kiraan yang paling berat dan disumbat ke dalam neraka

No comments:

Post a Comment