Tuesday, February 5, 2013

Hati dan Nafsu



Hati dicipta oleh Allah s.w.t. untuk melihat kecantikan dan kebesaran Allah s.w.t.  Hati adalah umpama Perdana Menteri dalam diri kita di mana Rajanya adalah Jiwa.  Sementara Nafsu pula hanyalah satu watak yang suka berlebih-lebihan (overacting) yang wujud dalam diri.  Oleh itu kawallah Hati.  Selalulah bercakap dengan Hati agar Nafsu tidak mengawal Hati.  Nafsu perlu dikawal agar Hati tidak rosak.  Jika Hati telah rosak, semuanya akan punah.
 
Terdapat 4 unsur nafsu dalam diri manusia yang terdiri dari 3 nafsu jahat dan 1 nafsu baik:
Bil.
Unsur Nafsu
Keterangan
1.
Nafsu Anjing
·         Mengajak kearah kejahatan
·         Tidak pernah bersyukur
·         Tidak pernah puas dengan nikmat
·         Tidak tenang dalam hati

2.
Nafsu Babi
·         Yang kerjanya nak buat benda kotor
·         Fikiran yang kotor
·         Contohnya:
o   Membangga diri
o   Riak
o   Nak untung sahaja
o   Ambil kesembpatan

3.
Nafsu Syaitan
·         Suruh buat jahat
·         Contohnya:
o   Tutup aurat tetapi pakaiannya ketat dan jarang

4.
Nafsu Malaikat
·         Mengawal nafsu yang 3 di atas
·         3 cara untuk kuatkan unsur Nafsu malaikat ini:
o   Kawal marah (jangan marah)
o   Kekuatan ilmu pengetahuan
o   Menjauhi syaitan



Perkongsian daripada ceramah Ustadz Kazim: Hati Yang Punah

No comments:

Post a Comment