MUDAHNYA
MENJEMPUT REZEKI
FATHURI
SALEHUDDIN
Belum
tentu milik kita adalah rezeki kita.
Rezeki adalah apa sahaja yang memberi manfaat kepada seseorang sama ada
dalam bentuk materian dan bukan material.
Selama ini apa ynag dikenali sebagai rezeki adalah yang baik-baik
sahaja.
CONTOH
Datang ke kedai
makan, mengambil makanan dan membayarnya dengan duit kita.
Makanan dalam pinggan itu
adalah milik kita.
Apabila datang
seekor kucing meminta makan dan kita memberinya.
Maka makanan milik kita tadi
bukan semuanya milik kita, sebahagiannya adalah rezeki kicing itu.
Kalau ada makanan yang tersisa
lagi, ia akan jadi rezeki semut dan lipas.
CONTOH
Pendapatan atau
gaji bulanan kita.
Diguna untuk beli ikan
Duit beli ikan adalah rezeki
penjual ikan.
Ikan jadi milik kita tapi belum
tentu semuanya rezeki kita.
Orang datang menjual minyak
angin. Walaupun di rumah masih banyak
minyak angin, kita masih membelinya.
Duit beli minyak angina adalah
rezeki penjual tersebut
Hujung minggu mendapat berita
anak jiran sakit, kita pergi melawat sambil menderma.
Duit pemberian itu menjadi
milik anak jiran tersebut.
Rezeki
tidak pernah terlewat atau terlambat menemui tuannya
CONTOH
Mendapat
jemputan untuk menghadiri jamuan, tetapi tidak dapat hadir kerana ada
temujnanji lain. Apabila pulang ke
rumah, ada sebekas makanan atas meja.
Makan tersebut dihantar oleh orang yang menjemput tadi.
Begitulah
apabila sudah rezeki, memang akan tiba jua.
Bukan
semua rezeki yang ditakdirkan adalah rezeki halal
CONTOH
Kehilangan
selipar di masjid, tetapi ikutkan bisikan syaitan agar mengambil selipar masjid
dengan berfikiran esok akn dipulangkan.
Akhirnya selipar itu dipakai sehingga ke akhir usia selipar.
Selipar itu beri
manfaat kepadanya. Menjadi
rezekinya. Namun, ia adalah rezeki yang
haram.
Tidak
perlu kita bersangka buruk kepada sesiapa apabila rezeki kita menjadi sempit
atau berasa hebat apabila rezeki melimpah ruah.
Setiap makhluk Allah s.w.t. sudah dibekalkan dengan rezeki yang cukup.
Rububiyyah
(rezeki yang diberikan secara umum)
1
|
Udara
|
untuk kita terus bernafas
|
2.
|
Air
|
untuk kehidupan
|
3.
|
Gunung dan bukit
|
menjadi sumber zat tumbuhan
|
4.
|
Akal
|
untuk kehidupan lebih mudah dan selesa
|
5.
|
Ilmu
|
sehingga dapat mencipta, mendapat idea; sehingga dapat mengubah
cara kita melakukan kerja
|
PERSOALAN
BENARKAH REZEKI ITU DARIPADA TUHAN, TETAPI KITA KENA
BERUSAHA
VS
BENARKAH KITA KENA BERUSAHA, TETAPI REZEKI ITU
DARIPADA TUHAN
Harta
kita belum tentu rezeki kita. Rezeki
kita adalah pakaian yang sudah kita pakai, makanan yang sudah kita makan; dan
harta yang sudah disedekahkan. Sekiranya
hanya milik kita, belum menjadi rezeki kita lagi. Setiap daripada kita mempunyai peranan
menyimpan dan menyampaikan rezeki oranglain.
Sifat-sifat
rezeki
Tidak tunduk kepada sebab-sebab
yang dibuat oleh manusia
Tunduk atas kehendak Allah
s.w.t.
Allah s.w.t. menambah atau
menguruangi rezeki
Allah s.w.t. memberi rezeki
kepada sesiapa sahaja
Tiada makhluk berupaya
mendatangkan rezeki bilamana Allah s.w.t. menahannya
Formula
asas menjemput rezeki
Syukur dan redha (sabar)
Zakat dan sedekah
Ketaqwaan dan menyambung
silaturahim
Banyak istighfar (tidak berbuat
dosa)
Kunci
rezeki adalah kesungguhan dalam melakukan kerja. Kita tidak pernah tahu di mana letaknya
rezeki.
Hanya
Allah yang akan mengabulkan impian kita.
Perlu diingat bahawa redha Allah s.w.t. berserta redha ibu. Gembirakanlah hati ibu. Beri sumbangan kewangan setiap bulan. Memberi itu meluaskan rezeki.
Kekayaan
sebenar adalah apabila jiwa menjadi tenang, ceria dan bahagia. Kekayaan hati didapati dengan memberi
sebanyak-banyaknya.
Renungan
Orang
yang boleh mengawal marahnya
Itulah sebenarnya orang yang kuat
Apabila
dapat pula memaafkan kesalahan orang lain
Itulah
terlebih hebat
4
golongan kehidupan manusia
Senang di dunia dan senang di akhirat
Senang di di dunia dan susah di akhirat
Susah di dunia
dan senang di akhirat
Susah di dunia
dan susah di akhirat
10
perkara yang perlu diberi perhatian dalam impian hidup berjaya dan bahagia
Kesihatan Spiritual
Kerjaya Kewangan
Keluarga Ibadah
Rekreasi Pembinaan
Diri
Rakan & Masyarakat Akhlak & Pekerti
No comments:
Post a Comment