PERKONGSIAN DARI:
Harian Metro : Sabtu 13 Julai 2013
Tazkirah Oleh Datuk Mohd Zawawi Yusoh
Kenali Pintu Syaitan Untuk Jinak
Nafsu
Nafsu adalah sebahagian daripada
manusia dan tidak dapat dipisahkan daripada manusia selagi masih ada
nyawa. Dengan nafsu, dunia menjadi indah
dan menarik; beroleh keturunan serta boleh membangunkan diri. Namun nafsu juga boleh menjadikan manusia
pincang.
Nafsu adalah anugerah
Allah s.w.t. Barang siapa berjaya
mendidik hati akan dapat menguasai hati dan sekali gus mampu menguasai nafsu. Orang yang rosak hatinya akan menjadi
tunggangan nafsu. Mulia atau hinanya
seseorang manusia bergantung kepada sejauh mana mereka dapat mengawal nafsu.
Nafsu perlu
dididik. Al-Quran membahagi nafsu kepada
tiga iaitu :
1. Nafsu
amarah (nafsu jahat)
2. Lawwamah
(menyesal apabila buat kejahatan)
3. Mutmainnah
(tenang)
Bagi membolehkan kita
mengendalikan nafsu, kita kenalah mengetahui pintu kemasukan syaitan yang boleh
merosakkan nafsu :
-
Terlalu
cinta kepada dunia
-
Tamak,
hingga lupa kemahuan dan kemampuan diri
-
Hasad
dengki (berasa senang apabila orang lain mendapat musibah dan sebaliknya susah
hati apabila orang lain mendapat kesenangan)
-
Wanita
-
Gopoh
-
Taasub
(sifat keterlaluan)
Untuk mengawal
kemasukan syaitan, seterusnya mengelak daripada bahaya nafsu jahat, kita perlu
:
-
Tutup
pintu kemasukan syaitan
-
Hapuskan
segala sikap kotor, jangan
- dengki
- bersikap
tamak
- terlalu
mencintai dunia
-
Hancurkan
gangguan syaitan dengan selalu berzikir
-
Perbanyakkan
solat sunnat
-
Rajin
bangun solat malam
-
Banyak
bersedekah
-
Berkawan
dengan orang miskin
Biasakan
diri selalu menziarahi orang sakit, ziarah kubur dan tulis wasiat. Paling penting didik dan kuatkan hati supaya
dapat menewaskan nafsu.
No comments:
Post a Comment