Saturday, July 6, 2013

4: KISAH NABI HUD a.s



KISAH 25 NABI-NABI

TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN



 KISAH 4

NABI HUD a.s

 Selepas berakhirnya banjir, Nabi Nuh a.s. dan para pengikut banginda termasuk tiga putera baginda yang beriman iaitu Sam, Ham, dan Yafisy membina penghidupan baru di sekitar Bukit Judi.  Anak cucu Nabi Nuh a.s. dan para pengikut baginda merantau sehingga ke Negara Arab Saudi, Mesir, Yaman, Hadhramaut, Syria, Irak, Iran dan India.  Setelah zaman peninggalan Nabi Nuh a.s., manusia mula kembali melupai Allah s.w.t. dan kembali menyembah patung berhala.  Di antara anak cucu Nabi Nuh a.s. terdapat satu kaum yang dinamakan kaum Ad yang berasal dari keturunan seorang lelaki yang gagah perkasa bernama Ad.  Ad adalh cicit kepada Sam bin Nuh a.s. (Ad bin Aus bin Iram bin Sam bin Nuh a.s.)

Kaum Ad tinggal di suatu kawasan tanah yang subur dikenali dengan nama al-Ahqaf yang terletak di sebelah utara negeri Hadhramaut, sebuah negeri di antara Yaman dan Oman, yang sekarang dinamakan Ramal,  kaum Ad ini diperintah oleh raja mereka yang bernama Jahrom.  Kaum Ad berbadan kuat, besar dan gagah perkasa, sentiasa sihat, dan tidak pernah sakit.  Mereka menjadi sombong dan keras hati dan jahat.  Usia hayat mereka sampai 700 tahun.



Hidup mereka senang dan sentosa.  Mereka berkebun dan berternak.  Mereka juga pandai bertukang.  Dengan kepandaian itu, mereka mendirikan bangunan yang tinggi.  Mereka juga membina kubu disekeliling negeri mereka.  Kaum Ad tidak menyembah Allah s.w.t.  Mereka bertuhankan berhala batu bernama Thamud dan al-Hattar.  Kaum Ad bertuhankan kepada tiga buah berhala iaitu Syada, Syamuda dan Hara.  Allah s.w.t. membangkitkan seorang Nabi dan Rasul kepada mereka bernama Abrar bin Abdullah, dikenali dengan nama Hud bin Abdullah.  Baginda adalah dari keturunan Sam bin Nuh a.s.



Nabi hud a.s. adalah Nabi dan rasul yang pertama dibangkitkan dari bangsa Arab ketika baginda berusia 40 tahun.  Setelah sekian lama mennyure kaumnya agar meninggalkan perbuatan sesat menyembah berhala, Cuma 17 orang sahaja kaum Ad percaya kepada seruan Nabi Hud a.s.  17 orang pengikut Nabi Hud a.s. meminta kepada Nabi Nuh a.s. seupaya memperlihatkan bukti kerasulan baginda kepada kaumnya yang degil itu.  Nabi Hud a.s. terus berdoa ke hadhirat Allah s.w.t..  Allah s.w.t. mengirim Malaikat Jibrail a.s. kepada Nabi Hud a.s. memerintah kaum baginda yang beriman seramai 17orang itu ssupaya naik ke atas bukit untuk memyelamatkan diri.



Dua jenis bala bencana yang akan ditimpakan Allah s.w.t. ke atas kaum Ad ialah, pertama berupa kemarau yang panjang sehingga seluruh tanman dan kebun buah-buahan dan gandum mereka musnah dan empangan air mereka kering.  Nabi Hud a.s. turun kepada meeka dan mengingatkan mereka supaya segera beriman.  Tetapi kaum Ad tetap engkar.  Kerana kedegilan kaum Ad, Allah s.w.t. mendatangkan bala’ peringkat kedua berupa awan mendung seperti akan hujan.  Ketika melihat awan hitam yang tebal berarak di atas kepala mereka.  Kaum Ad mula bersorak.  Nabi Hud a.s. mengingatkan kepada kaumnya bahawa awan itu bukan membawa rahmat.  Namun kaum Ad terus engkar.



Pada mulanya Allah s.w.t. mendatangkan angin lembut yang bertiup sepoi-sepoi bahasa ke atas kaum Ad.  Angin ‘sarsar’ itu terus bertiup menggoda perasaan dan fikiran kaum Ad.  Semakin lama semakin keras.  Rumah mereka tercabut dan pokok kurma mula tumbang sebatang demi sebatang.  Kaum Ad mula bertempiaran lari lintang pukang untuk menyelamatkan diri.  Angin ‘sarsar’ tersebut bertiup selama lapan hari tujuh malam tidak berhenti=henti.  Semua kaum Ad hancur binasa tidak tinggal seorang pun.



Setelah penguktnya yang kafir habis mati dan musnah, Nabi Hud a.s. bersama pengikut baginda yang etia itu meninggalkan bumi al-Ahqaf menuju ke negeri Hadhramaut untuk membina penghidupan di sana.  Setelah mencapai usia 460 tahun, wafatlah Nabi Hud a.s. di situ. 


bersambung...
(untuk baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)

No comments:

Post a Comment