Monday, July 22, 2013

Gaya hidup dan identiti wanita Asia

PERKONGSIAN:
BERITA HARIAN, JUMAAT 19 JULAI 2013
WANITA GOLONGAN KOMPLEKS
OLEH NORAFZAN MOHAMAD YUSOF

Andaian bahawa wanita merupakan insan yang rumit dan kompleks mungkin ada kebenarannya.  Kajian NBCUniversal mendapati wanita memang jauh lebih kompleks daripada yang difikirkan oleh pengiklan.

Kajian yang dilakukan oleh High Heeled Warriors terhadap penonton wanita metropolitan di seluruh Asia Tenggara, memberi dimensi baru mengenai pengguna wanita.  Kajian tersebut melibatkan 3,000 wanita berusia antara 20 hingga 44 tahun.


Berdasarkan motivasi psikografik, gaya hidup dan identiti, wanita Asia didapati terdiri daripada lima (5) segmen unik iaitu:
1. Passionita
    - sukakan cabaran dan spontan
    - gemar produk berjenama mewah

2. Peacekeeper
    - wanita 'tradisional' yang setia dengan jenama kegemaran
    - suka menonton rancangan yang banyak berkaitan dengan maklumat dan    sumber inspirasi

3. Heartwarmer
    - prinsip 'wang tidak boleh membeli kebahagiaan'
    - memiliki jiwa penyayang, setia, dan menyokong
    - mahukan kehidupan seimbang

4. Trailblazer
    - bercita-cita tinggi, berdaya saing, progressif serta unik

5. Socialsider
    - mudah bergaul, optimistik, dan ramai kenalan


Antara dapatan kajian:
  • Wanita mempengaruhi 64% keputusan pembelian
  • Wanita mengawal RM60 trillion perbelanjaan pengguna di seluruh dunia

No comments:

Post a Comment