Thursday, January 10, 2013

1.4. NABI ADAM a.s: Selepas Nabi Adam a.s.Wafat


KISAH 25 NABI-NABI

TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN



 KISAH 1

NABI ADAM a.s




Selepas Nabi Adam a.s.Wafat
Nabi Syith a.s. wafat pada usia 965 tahun.  Anaknya yang bernama Anusi (atau Arfus atau Yanisy) menggantikan ayahnya menjadi khalifah.  Diriwayatkan bahawa Anusi adalah manusia pertama yang menanam pokok kurma, bercakap bahasa hikmat, mempelajari tulisan dan ilmu kira-kira serta menghitung perjalanan matahari dan bulan.
Anusi meninggal pada usia 890 tahun.  Jawatan khalifah diambil pula oleh anaknya yang bernama Qinan (atau Qainan atau Kifan), juga  dilantik Allah s.w.t. menjadi nabi dan rasul.  Diriwayatkan Qinan mempunyai kekuatan memerangi bangsa Jin.  Qinan meninggal pada usia 890 tahun.
Putera Qinan, Mahlil dilantik menjadi khalifah dan dilantik juga oleh Allah s.w.t menjadi nabi dan rasul.  Pada zaman pemerintahan Mahlil, manusia mula berpecah belah dan menjalani hidup berpuak-puak dan bersuku-suku.  Mahlil meninggal pada usia 865 tahun.
Selepas kematian Mahlil, semua umatnya berasa sangat sedih.  Iblis laknatullah mengambil kesempatan ini untuk menggoda dan menyesatkan anak cucu Adam.  Iblis laknatullah telah menjelma sebagai manusia dan mendekati anak Mahlil yang bernama Yarid.  Iblis laknatullah telah mencadangkan kepada Yarid agar membuat ukiran batu berupa ayahnya.  Setelah siap patung tersebut, Iblis laknatullah masih tidak puas lagi menyesatkan umat Mahlil.  Dinyatakan bahawa umat Mahlil perlu menyembah patung tersebut, bukan setakat menziarahnya sahaja.  Oleh itu bermulalah sejarah manusia menyembah berhala di dunia ini.
Lalu Allah s.w.t. mengutus Nabi Idris a.s. untuk menyeru kaum Mahlil supaya kembali menyembah Allah s.w.t.


bersambung...
(untuk baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)

No comments:

Post a Comment