KISAH 25 NABI-NABI
TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN
KISAH 2
NABI IDRIS a.s
Nabi Idris a.s. yang semasa kecilnya lebih
dikenali denan nama Ukhnuj diutuskan kepada kaum Qabil bin Adam a.s. Semasa remaja, dia lebih senang membaca kitab
yang diwarisi daripada datuk neneknya yang menjadi nabi bernama Syith itu. Ukhnuj sangat perkasa hingga diselar oleh
kaumnya ‘Asadul Asad’ (Singa bagi segala Singa). Allah s.w.t. telah menukarkan namanya kepada
Idris yang bererti ‘orang yang selalu membaca (tadarus) kitab suhuf’.
Setelah berusia 40 tahun, Idris telah diberi wahyu oleh Allah s.w.t. agar menyeru kaumnya supaya meninggalkan perbuatan menyembah berhala. Nabi Idris dan pengikutnya kemudian berhijran dari Babilon dan membina kehidupan di Mesir.
Allah s.w.t. telah menurunkan sebanyak 30 lembaran
suhuf kepada Nabi Idris a.s. sebagai panduan hidup kepada baginda dan umatnya.
Nabi Idris a.s. adalah manusia pertama yang pandai menulis dan membaca, manusia pertama yang pandai meunggang kuda, mengerti ilmu bintang dan pandai ilmu matematik, serta pandai menggunting pakaian dan menjahitnya.
Mukjizat
Nabi Idris a.s. yang pertama: Pertemuan baginda dengan Iblis laknatullah.
Suatu hari ketika Nabi Idris a.s. sedang
menjahit pakaiannya, tiba-tiba muncul Iblis laknatullah menyerupai seorang
lelaki di hadapan pintu rumahnya, menggenggam sebiji telur. Iblis laknatullah bertanyakan Nabi Idris a.s.
sama ada Tuhan baginda boleh memasukkan dunia ke dalam telur itu.Nabi Idris meminta agar Iblis laknatullah itu dekati beliau untuk mengemukakan pertanyaan. Iblis laknatullah pun duduk dekat Nabi Idris a.s. dan mengulangi soalan yang sama. Nabi Idris a.s. menjawab bahawa Allah s.w.t. bukan sahaja boleh memasukkan dunia ke dalam telur, bahkan ke dalam jarum pun Tuhanku berkuasa melakukannya. Nabi Idris a.s. pun dengan pantasnya mencucuk sebelah mata Iblis laknatullah denngan jarumnya. Dengan itu, butalah sebelah mata Iblis laknatullah.
Mukjizat
Nabi Idris a.s. yang kedua: Perjalanan baginda ke langit, menerokai neraka dan syurga, seterusnya
tinggal di langit kedua setelah perjalanan baginda dengan ke langit bersama-sama Malaikat Izrail
a.s.
Para malaikat di langit berasa sangat
takjub dan kagum dengan amalan Nabi Idris a.s. yang sedikit pun tidak melupakan
Allah s.w.t. Malaikat Rakib dan Atiq
yang menjaga Nabi Idris a.s. sentiasa menjadi tumpuan malaikat di langit.
Malaikat Izrail a.s. telah diizinkan Allah s.w.t. untuk menemui Nabi Idris a.s. Maka turunlah Malaikat Izrail a.s. kepada Nabi Idris a.s. dengan menyerupa seorang pemuda yang kacak. Malaikat Izrail a.s. telah mengajak Nabi Idris a.s. bersiar-siar melihat keindahan alam ciptaan Allah s.w.t.
Malaikat Izrail telah menguji Nabi Idris a.s. dengan mengajak baginda mengambil seekor dari kambing yang berada di sebuah padang. Nabi Idris a.s. enggan dengan menyatakan bahawa baginda tidak mahu makan hak orang. Apabila sampai di sebuah ladang anggur, Malaikat Izrail a.s. sekali lagi mengajak Nabi Idris mengambil bebrapa tangkai buah anggur. Sekali lagi Nabi Idris a.s. enggan dengan menyatakan bahawa baginda tidak pernah memakan harta benda orang lain secara tidak halal.
Nabi Idris a.s. merasa hairan kerana Malaikat Izrail a.s. yang disangka seorang pemuda biasa itu tidak sedikit pun berasa lapar, dan letih sepanjang perjalanan mereka. Apabila waktu malam, walau pun baginda tidak jemu beribadat kepada Allah s.w.t., Nabi Idris a.s. tetap diserang rasa mengantuk. Ketika terjaga dari tidur, dilihat temannya itu masih sedang beribadat. Nabi Idris a.s. telah bertanyakan temannya itu sama ada beliau adalah seorang malaikat.
Malaikat Izrail a.s. pun mengaku dan menyatakan bahawa dia adalah Malaikat Maut. Nabi Idris a.s. kemudian meminta agar Malaikat Izrail a.s. memohon kepada Allah s.w.t. agar menunaikan hajatnya untuk naik ke langit. Allah s.w.t. telah mengizinkan Malaikat Izrail a.s. menunaikan hajat Nabi Idris a.s. iaitu merasai mati dan untuk naik ke langit melihat neraka dan syurga. Setelah merasa tinggal sebentar di dalam syurga, Nabi Idris a.s. tidak mahu keluar dari dalam syurga. Oleh itu, Allah s.w.t. telah mengizinkan Nabi Idris a.s.tinggal di langit kedua.
Setelah Nabi Idris a.s. tidak pulang-pulang, anaknya yang bernama Mattusyalikh berasa terlalu sedih. Iblis laknatullah telah menggunakan kesempatan ini dan menjelma sebagai manusia duduk menghadap Mattusyalikh, lalu menghasut Mattusyalikh membuat sebuah patung menyerupai ayahnya agar dia boleh melepaskan rindu. Ramai pengikut Nabi Idris a.s. telah mengikut perlakuan Mattusyalikh memuja dan memuji patung Nabi Idris a.s. Sejak itu, bermula kembali sejarah manusia menyembah berhala. Penyembahan berhala ibi berjalan selama 400 tahun.
Allah s.w.t. kemudiannya mengutus Nabi Nuh a.s. untuk membimbing manusia ke jalan yang benar.
bersambung...
(untuk baca
versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)
No comments:
Post a Comment