Thursday, January 3, 2013

OSTEOARTHRITIS (OA)




Osteoarthritis (OA) atau keradangan sendi boleh menggangu aktiviti.  Bahagian yang paling kerap mengalami OA adalah pinggul, lutut, pergelangan kaki dan tangan.

PUNCA OA
Ø  Penuaan
Ø  Tulang rawan(tisu bergetah yang bertindak sebagai kusyen yang membenarkan tulang bergerak antara satu sama lain) mengalami kehausan, menjadikan rasa sakit, bengkak dan tegang pada bahagian berkenaan

GEJALA
Ø  Muncul dalam usia pertengahan

FAKTOR RISIKO
Ø  Berat badan berlebihan menyebabkan sendi bekerja lebih kuat dan mempercepatkan kehausan rawan
Ø  Pernah mengalami kecederaan pada rawan dan ligament dalam sendi
Ø  Bentuk pekerjaan yang banyak menggunakan lutut (seperti mencangkung, mengangkat, mendaki tangga atau banyak berjalan)
Ø  Gangguan pendarahan yang menyebabkan pendarahan di dalam sendi seperti hemophilia
Ø  Gangguan yang menyekat bekalan darah berhampiran nekrosis avascular sendi dan membawa kepada lain-lain jenis artritis seperti gout kronik, pseudo-gout, atau artritis rheumatoid.

TANDA-TANDA
Ø  Pergerakan sendi boleh menyebabkan bunyi keretakan (parutan) yang dipanggil kertak
Ø  Bengkak (tulang di sekitar sendi mungkin rasa lebih besar)
Ø  Julat pergerakan terhad
Ø  Pergerakan normal sering menyakitkan
Ø  X-ray

LEWATKAN OA
Ø  Ubah cara hidup
Ø  Kekal aktif dan bersenam
Ø  Diet seimbang dan sihat
Ø  Rehat secukupnya
Ø  Berat badan ideal

BERITA HARIAN 3 JANUARI 2013:
Derita Radang Sendi oleh Nor Afzan Mohamad Yusof
Dr Syed Abdul Latif Alsagoff, Pakar Bedah Ortopedik, Hospital Pakar Ampang Puteri



No comments:

Post a Comment