Monday, January 7, 2013

1.1. NABI ADAM a.s



KISAH 25 NABI-NABI

TARIKUDDIN BIN HAJI HASSAN



 KISAH 1

NABI ADAM a.s



Kejadian Nabi Adam a.s.

 Ketika Allah s.w.t. mahu memulakan penciptaan lembaga Adam, Dia telah memerintah Malaikat Jibrail a.s. turun ke bumi dan mengambil tiga jenis tanah.   Ketika Malaikat Jibrail a.s. mahu mengambil tanah tersebut, bumi enggan membenarkannya.  Lalu Malaikat Jibrail a.s.kembali mengadu kepada Allah s.w.t.

Kemudian Allah s.w.t. mengutus Malaikat Mikail a.s. untuk mengambil tanah tiu.  Tetapi dia juga ditegah oleh bumi.  Kemudian Malaikat Israfil a.s pula dipetintah untuk mengambil tanah itu, dia juga gagal.  Akhir sekali Allah memerintahkan Malaikat Izrail a.s. supaya turun ke bumi mengambil segenggam tiap-tiap satu jenis tanah yang disebutkan.

Lemaga Adam yang telah sempurna kejadiannya berdiri dengan gagahnya di dalam syurga walaupun tanpa roh.  Ketika itu Allah s.w.t. telah memerintahkan semua malaikat di  langit supaya sujud kepada lembaga manusia pertama itu.



Allah s.w.t. mengahalau Iblis dari bumi syurga setelah Iblis enggan sujud kepada lembaga Adam.  Sebelum melangkah keluar dari bumi syurga, Iblis telah memohon kepada Allah s.w.t. agar memberikannya umur yang panjang supaya dia dapat hidup hingga ke Hari Qiamat untuk membalas dendam terhadap Nabi Adam a.s.

Sebelum dia keluar daripada syurga, Iblis laknatullah telah berjalan mengelilingi lambaga Adam lalu meludah ke perut lembaga Adam.  Ludahnya itu melekat betul-betul di tengah perut lembaga Adam.  Melihat itu, Malaikat Jibrail a.s. mencungkil buang air ludah Iblis laknatullah itu menyebabkan terjadinya pusat Adam.

Allah s.w.t. kemudiannya telah meniupkan roh ke dalam lembaga Adam.  Untuk membuktikan kepada semua malaikat, Allah s.w.t telah mengajar Nabi Adam a.s. semua nama benda sehingga Nabi Adam a.s. mengetahui, mengenali dan mengingati semua benda yang wujud pada masa itu.

Setelah sekian lama di dalam syurga, Allah s.w.t. telah menciptakan seorang perempuan, Siti Hawa, daripada sebahagian dirinya ketika Nabi Adam a.s. sedang tidur.  Siti Hawa dicipta daripada tulang rusuk kiri yang paling bawah sekali  untuk dijadikan pasangan hidupnya.

Nabi Adam a.s. dan Siti Hawa hidup bersenang-senang di dalam syurga.  Hanya Allah s.w.t. melarang mereka menghampiri sejenis tumbuhan.  Iblis lanatullah mendapat tahu berkenaan pokok larangan itu dan berazam untuk memperdayakan kedua insan agar mereka derhaka kepada Allah s.w.t.


bersambung...
(untuk baca versi penuh yang lebih menyeronokkan dan menarik, dapatkan bukunya)

No comments:

Post a Comment