Thursday, January 3, 2013

WUJUDKAN KEIKHLASAN, JAUHI RIAK



Sukar untuk menentukan keikhlasan seseorang.  Keikhlasan tidak boleh dinilai hanya berdasarkan kata-kata atau catatan.  Kuasa, kekayaan dan pengaruh banyak menguji keikhlasan seseorang.
 
                    tidak rugi sekiranya tidak terkenal
                    tidak rugi sekiranya tidak disanjung
                    janganlah gusar jika menjadi orang yang tercela di mata manusia
                    jadilah manusia terpuji dan terhormat di sisi Allah swt
 
Penyakit riak atau berbuat sesuatu kerana mengharapkan agar dilihat dan dipuji manusia, bukan mengharapkan keredaan Allah adalah penyakit berbahaya yang boleh menimpa sesiapa saja.  Riak dianggap satu daripada penyakit rohani.
Menurut Imam Al-Ghazali, riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan.  Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat.
Lawan riak adalah ikhlas.  Beberapa perkara perlu diperhatikan agar dapat meraih keikhlasan:
  • memahami dan sentiasa berusaha mengingati kedudukan ikhlas bagi sahnya sesuatu amal
  • berusaha untuk sentiasa memahami serta mengingati besar dan bahayanya dosa riak
  • bergaul dengan rakan yang soleh
  • keikhlasan itu hendaklah dilatih dan dibiasakan sebagaimana pepatah ‘alah bisa tegal biasa.’
  • bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya
Keikhlasan itu sesuatu yang sangat berharga.  Ianya menuntut pelbagai usaha bagi mencapainya dan setiap usaha pula pasti bermula dengan keterpaksaan.  orang yang berjaya akan memaksa dirinya untuk berubah dan orang yang gagal hanya berubah apabila terpaksa.
RUJUKAN:
1.         Mencari keikhlasan dalam diri Oleh Amran Zakaria, BERITA HARIAN 11 DISEMBER 2012



No comments:

Post a Comment